Hornet

Pages

Wednesday, 23 July 2014

Risalah Berkaitan Denggi

Berikut adalah beberapa keping risalah dalam bentuk gambar dan fail pdf  yang digunakan semasa kempem kesedaran Perangi Denggi dari rumah ke rumah dan kawasan sekitar. Risalah ini juga boleh di muat turun melalui link yang disediakan bagi memudahkan masyarakat setempat untuk mengetahui dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.




Wednesday, 18 June 2014

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan Nyamuk Aedes tidak akan dapat merebak dan membiak. Kesedaran dan pemahaman cara pembiakan Nyamuk Aedes ini telah banyak di war-warkan  di media masa. Diharapkan dengan adanya info berkaitan tempat pembiakan Nyamuk Aedes ini, dapat mengurangkan kes jangkitan deman denggi di negara kita. Berikut adalah tempat yang harus diperiksa dan tindakan yang mesti diambil bagi menghapuskan sarang pembiakan Nyamuk Aedes.


Tempat Diperiksa
Tindakan Yang Mesti Diambil
1. Bekas Jambangan Bunga

flowers2

·          Berus dan salin airnya setiap minggu atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
·          Gunakan gel sebagai pengganti air
2. Kolah Air
kolah2

·          Berus dan cuci setiap minggu atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

3.Dulang Peti Sejuk
peti-ais2

·          Berus dan cuci setiap minggu atau
·          Tutup dengan rapat atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
4. Pam Tandas
pam-tandas

·          Jika rosak baiki segera atau
·          Tutup dengan rapat atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

5. Bekas Makanan Polisterin
polisterin2

·          Buang dalam tong sampah bertutup
6. Bekas Simpanan Air

tong-air2
·          Berus dan cuci stiap minggu atau
·          Tutup dengan rapat atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik





7. Alas Pasu Bunga
pasu3

·          Berus dan cuci stiap minggu atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
8.  Pasu Bunga
pasu-bunga2

·          Gembur tanah setiap minggu atau
·          Pastikan pasu bunga tidak menakung air

9. Botol Dan Tin
botol2

·          Kumpul dan lupuskan dengan sempurna atau
·          Letak di tempat yang terlindung dari hujan
10. Tayar
tayar2

·          Letak di tempat yang terlindung dari hujan atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik atau
·          Lubangkan jika perlu atau
·          Susun dan tutup rapat di bahagian  atas
11. Saluran Longkang Tang Tersumbat
pembersihan-longkang2

·          Buang dan lupuskan sampah yang menyebabkan air bertakung
·          Cuci dan bersihkan setiap minggu



12. Lantai Koridor Kotor
rumah_flat2

·          Buang dan lupuskan sampah yang menyebabkan air bertakung
·          Cuci dan bersihkan setiap minggu


13. Bekas Minuman Haiwan Ternakan
bekas-minuman-haiwan2

·          Berus, cuci dan tukar air setiap minggu
·          Telangkupkan jika tidak digunakan supaya tidak menakung air
14. Semua Bekas Palstik
sampah2

·          Buang air yang bertakung
·          Kumpul dan lupuskan dengan sempurna
15. Perabot Rosak
perabot-rosak2

·          Kumpul dan lupuskan dengan sempurna
·          Simpan di tempat terlindung dari hujan
·          Kutip dan buang dengan sempurna

Wednesday, 11 June 2014

Bagaimana Mencegah Denggi


1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.

Wednesday, 4 June 2014

Apakah penyebab demam denggi?


Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Friday, 30 May 2014

Bagaimana Penyakit Denggi Merebak??



Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:
    • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
    • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
    • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
    • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
    • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?


Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.


Friday, 23 May 2014

Mari Kenal Nyamuk Aedes

Nyamuk Aedes

Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.



Tabiat nyamuk aedes
  1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
  2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
  3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar ruma

Wednesday, 21 May 2014

Apa Itu Demam Denggi??


Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.