Hornet

Pages

Saturday 27 September 2014

Program Bersama Klinik Sungai Sumun

Pada hari sabtu bersamaan dengan 27 September 2014, pihak Dengue Patrol Selekoh telah berkerjasama dan berkoloberasi menyertai kempem basmi denggi yang telah dianjurkan oleh  Klinik Kesihatan Sungai Sumun. Pihak Sekolah am nya dan Dengue Patrol Selekoh berbesar hati dan telah bersama-sama mengedarkan risalah berkaitan denggi dan mengadakan persembahan tarian dengue di hadapan semua masyarakat dan juga Dato Shahrul Zaman Adun Dun Rungkup yang sudi turun padang menjayakan majlis ini. Berikut adalah gambaran di sepanjang program berjalan.














Wednesday 10 September 2014

Video Tarian Dengue SK Selekoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kesinambungan daripada gambaran pelancaran Tarian Denggi peringkat sekolah, berikut adalah video yang boleh ditonton ketika majlis berlangsung. Diharapkan dengan adanya tarian denggi ini, dapat meningkatkan kesedaran kepada semua masyarakat setempat agar sentiasa beringat dan berwaspada dengan ancaman nyamuk aedes ini.




Tarian Dengue SK Selekoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera, majlis pelancaran Patrol Denggi telah dijalankan di Dewan Lestari SK Selekoh. Tarian Denggi ini telah dipersembahkan kepada semua murid dan kemudiannya disertai oleh semua murid SK Selekoh dan juga sebahagian guru serta ibu bapa penjaga yang hadir. Berikut adalah gambaran sebenar, aktiviti yang telah berlangsung.














Wednesday 3 September 2014

Membina Replika Nyamuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bermula dari bulan 5 beberapa orang guru yang diketuai oleh cikgu Noor Azri dan murid-murid patrol Dengue SK Selekoh telah membina satu replika Nyamuk. Berikut adalah beberapa gambaran awal pembinaan replika nyamuk.