Hornet

Pages

Saturday, 23 August 2014

Pergerakan Masyarakat Denggi Patrol

Pada hari ini, satu gotong royong dan penyebaran risalah tentang bahaya denggi telah dijalankan oleh murid-murid patrol denggi dengan diiringi oleh beberapa orang guru ke kawasan persekitaran sekolah seperti di stesen minyak, kawasan-kawasan perumahan dan perkampungan dan sekolah-sekolah yang berhampiran. Selesai sahaja penyebaran risalah, murid-murid patrol denggi telah bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran masjid. Berikut adalah gambaran aktiviti yang telah dijalankan.





































Wednesday, 13 August 2014

Pertandingan Melukis Kartun

Pada hari ini, telah berlangsung pertandingan melukis kartun antara kelas berkaitan dengan program Patrol Denggi peringkat sekolah yang dijalankan secara terbuka kepada semua murid. Program ini dijalankan bagi mencungkil bakat murid-murid dan meningkatkan kefahaman murid tentang bahaya penyakit demam denggi yang semakin hari semakin meningkat. Berikut adalah gambaran sepanjang pertandingan berlangsung.













Wednesday, 23 July 2014

Risalah Berkaitan Denggi

Berikut adalah beberapa keping risalah dalam bentuk gambar dan fail pdf  yang digunakan semasa kempem kesedaran Perangi Denggi dari rumah ke rumah dan kawasan sekitar. Risalah ini juga boleh di muat turun melalui link yang disediakan bagi memudahkan masyarakat setempat untuk mengetahui dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.




Wednesday, 18 June 2014

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan Nyamuk Aedes tidak akan dapat merebak dan membiak. Kesedaran dan pemahaman cara pembiakan Nyamuk Aedes ini telah banyak di war-warkan  di media masa. Diharapkan dengan adanya info berkaitan tempat pembiakan Nyamuk Aedes ini, dapat mengurangkan kes jangkitan deman denggi di negara kita. Berikut adalah tempat yang harus diperiksa dan tindakan yang mesti diambil bagi menghapuskan sarang pembiakan Nyamuk Aedes.


Tempat Diperiksa
Tindakan Yang Mesti Diambil
1. Bekas Jambangan Bunga

flowers2

·          Berus dan salin airnya setiap minggu atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
·          Gunakan gel sebagai pengganti air
2. Kolah Air
kolah2

·          Berus dan cuci setiap minggu atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

3.Dulang Peti Sejuk
peti-ais2

·          Berus dan cuci setiap minggu atau
·          Tutup dengan rapat atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
4. Pam Tandas
pam-tandas

·          Jika rosak baiki segera atau
·          Tutup dengan rapat atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

5. Bekas Makanan Polisterin
polisterin2

·          Buang dalam tong sampah bertutup
6. Bekas Simpanan Air

tong-air2
·          Berus dan cuci stiap minggu atau
·          Tutup dengan rapat atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik





7. Alas Pasu Bunga
pasu3

·          Berus dan cuci stiap minggu atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
8.  Pasu Bunga
pasu-bunga2

·          Gembur tanah setiap minggu atau
·          Pastikan pasu bunga tidak menakung air

9. Botol Dan Tin
botol2

·          Kumpul dan lupuskan dengan sempurna atau
·          Letak di tempat yang terlindung dari hujan
10. Tayar
tayar2

·          Letak di tempat yang terlindung dari hujan atau
·          Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik atau
·          Lubangkan jika perlu atau
·          Susun dan tutup rapat di bahagian  atas
11. Saluran Longkang Tang Tersumbat
pembersihan-longkang2

·          Buang dan lupuskan sampah yang menyebabkan air bertakung
·          Cuci dan bersihkan setiap minggu



12. Lantai Koridor Kotor
rumah_flat2

·          Buang dan lupuskan sampah yang menyebabkan air bertakung
·          Cuci dan bersihkan setiap minggu


13. Bekas Minuman Haiwan Ternakan
bekas-minuman-haiwan2

·          Berus, cuci dan tukar air setiap minggu
·          Telangkupkan jika tidak digunakan supaya tidak menakung air
14. Semua Bekas Palstik
sampah2

·          Buang air yang bertakung
·          Kumpul dan lupuskan dengan sempurna
15. Perabot Rosak
perabot-rosak2

·          Kumpul dan lupuskan dengan sempurna
·          Simpan di tempat terlindung dari hujan
·          Kutip dan buang dengan sempurna

Wednesday, 11 June 2014

Bagaimana Mencegah Denggi


1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.

Wednesday, 4 June 2014

Apakah penyebab demam denggi?


Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.